Pensijilan Rasmi Musolla dari Jabatan Mufti dan MAIS
Musolla Sekolah Ibn Khaldun Terima Pensijilan Rasmi daripada Jabatan Mufti dan MAIS
Alhamdulillah, satu lagi pencapaian bermakna buat Sekolah Ibn Khaldun. Musolla sekolah kini telah menerima Sijil Perakuan Arah Kiblat yang disahkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor, sekaligus memberi jaminan bahawa arah kiblat di musolla ini adalah tepat dan selaras dengan ketetapan syarak.
Lebih membanggakan, musolla ini juga telah berjaya didaftarkan secara rasmi di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan menerima pensijilan pendaftaran musolla. Ini menjadikan Musolla Ibn Khaldun sebagai salah satu rumah ibadah berstatus sah dan diiktiraf di negeri Selangor.
Pensijilan ini bukan sahaja mengiktiraf peranan musolla sebagai pusat ibadah utama warga sekolah, malah membuka ruang untuk pelaksanaan lebih banyak program keagamaan yang terancang, tersusun dan dipantau secara sah.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti rohani warga sekolah dan menjadikan musolla sebagai pusat pembinaan sahsiah serta tarbiah berterusan.


