PROGRESS TERKINI PEMBINAAN FASA 2
PROGRESS TERKINI PEMBINAAN FASA 2
Alhamdulillah, pembangunan Fasa 2 kini terus menunjukkan perkembangan yang positif!
Kerja-kerja pembinaan kini memasuki satu lagi fasa penting apabila pemasangan struktur bumbung mula dijalankan. Struktur rangka bumbung sedang dipasang secara berperingkat di bahagian bangunan yang telah siap.
Perkembangan ini menjadi tanda bahawa projek semakin hampir ke peringkat seterusnya, selepas sebelum ini melalui proses pembinaan struktur dan dinding bangunan.
Insya-Allah, dengan kelancaran setiap peringkat pembinaan, Fasa 2 akan terus bergerak menuju siap sepenuhnya untuk dimanfaatkan oleh warga sekolah pada masa akan datang. 🤲🏻
Teruskan menyokong dan mendoakan agar segala urusan pembinaan dipermudahkan dan projek ini dapat disiapkan dengan lancar.


