Kenali Kami

Latar Belakang Sekolah

Sekolah Ibn Khaldun merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang diasaskan atas kesedaran untuk membina generasi berilmu, beriman dan beramal, seiring tuntutan duniawi dan ukhrawi. Di bawah naungan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), sekolah ini berkembang sebagai pusat pendidikan yang menekankan keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan pembinaan sahsiah.

Penubuhan bermula pada Disember 1991 dengan penubuhan Sekolah Rendah Ibn Khaldun (SRIK), yang menerima seramai 39 orang murid dan 5 orang kakitangan pada tahun pertama. Berbekalkan moto “Berilmu, Beriman dan Beramal”, SRIK menjadi asas kepada sistem pendidikan yang mendidik anak-anak dengan nilai Islam sejak peringkat awal kehidupan mereka.

Bagi menyambung kesinambungan pendidikan ke peringkat menengah, Sekolah Menengah Ibn Khaldun (SMIK) telah ditubuhkan pada Januari 1997. Berpegang pada moto “Alim Bertaqwa”, penubuhan SMIK bertujuan melahirkan generasi soleh dan solehah yang seimbang dalam ilmu dan amal. Seramai 26 pelajar tingkatan satu memulakan sesi persekolahan pertama, kebanyakannya lepasan SRIK. Sejak itu, jumlah pelajar terus meningkat saban tahun.

Melihat kepada keperluan ruang dan kemudahan yang kian mendesak, Projek Pembangunan Kompleks Sekolah Ibn Khaldun telah dilancarkan sebagai usaha jangka panjang.

  • Fasa Pertama berjaya disiapkan pada Ogos 2024, melibatkan pembinaan dewan makan, musolla, dan pusat sukan.
  • Kini, Fasa Kedua sedang giat dijalankan, melibatkan pembangunan kemudahan akademik seperti bilik darjah, bilik guru, makmal, pejabat, pusat sumber, bilik komputer, serta bilik peperiksaan dan seminar.

Pembangunan berfasa ini merupakan manifestasi kesungguhan Sekolah Ibn Khaldun dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan menyeluruh, demi melahirkan generasi rabbani yang berjiwa seimbang serta mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara — dengan harapan meraih keredhaan Allah SWT.

Falsafah

Pendidikan berteraskan tauhid yang tersusun dan terpimpin bagi membimbing pelajar ke arah kecemerlangan rohani, akal, jasmani, dan emosi demi khidmat kepada Islam, manusia, dan alam dengan patuh kepada Allah SWT.

Visi

Membangunkan sistem persekolahan berwibawa mendidik bagi melahirkan insan cemerlang dan seimbang demi mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Misi

Bertekad dan berazam untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan seimbang dalam akademik dan sahsiah melalui pendidikan, pengurusan, persekitaran dan kecontohan yang berkualiti berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Visi Kami

Bantu kami meneruskan Visi kami

Bantu Kami
Pendidikan Menyeluruh Berteraskan Nilai Islam

Pendidikan Menyeluruh Berteraskan Nilai Islam

Kami menekankan keseimbangan antara kecemerlangan akademik, sahsiah, dan spiritual agar setiap murid dibentuk menjadi insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab kepada diri, masyarakat serta agama.

  • Nilai Islam
Sistem Persekolahan yang Berwibawa dan Berkesan

Sistem Persekolahan yang Berwibawa dan Berkesan

Kami komited membangunkan struktur pendidikan yang tersusun, pentadbiran yang cekap, dan pendekatan pengajaran yang berkualiti tinggi untuk melahirkan murid yang kompeten di peringkat tempatan dan global.

  • Berwibawa dan Berkesan
Matlamat Tertinggi: Keredhaan Allah SWT

Matlamat Tertinggi: Keredhaan Allah SWT

Segala usaha dan pencapaian disandarkan kepada niat yang murni – untuk mendidik dengan ikhlas dan menjadikan pencarian ilmu sebagai ibadah demi meraih keberkatan dan keredhaan Allah SWT dalam setiap langkah pendidikan.

  • Keredhaan Allah

Hulurkan bantuan anda

Untuk anak-anak generasi hadapan.