Tentang Dana

Tentang Dana Ibn Khaldun

Dana Ibn Khaldun ialah sebuah inisiatif pembangunan yang diwujudkan di bawah Institusi Pendidikan Ibn Khaldun bagi menyokong pertumbuhan dan kelestarian pendidikan Islam yang holistik. Kami berperanan menjana dan mengurus sumbangan awam melalui infaq, zakat, tajaan, dan wakaf demi memperkukuh prasarana, kebajikan pelajar dan guru, serta program pembangunan murid.

 

Melalui sokongan masyarakat, Dana Ibn Khaldun telah berjaya melaksanakan pelbagai projek penting termasuk pembinaan bangunan sekolah (Fasa 1), pusat sukan, dewan makan, surau, dan kini sedang meneruskan usaha pembangunan Fasa 2 yang melibatkan kerja cerucuk dan struktur asas.

 

Dengan moto “Bersama Melahirkan Murid Beradab, Pencinta Ilmu dan al-Quran”, Dana Ibn Khaldun mengajak anda menyumbang demi masa depan generasi pewaris ummah.

Pelan Pembinaan

Fasa 1

Fasa 2

Jawatan Kuasa Dana Pembangunan

Rakan Strategik Pembinaan

ACESS SERVICES & CONSULTING SDN BHD
S&H QUANTITY SURVEYORS SDN BHD
AMZED BINA SDN BHD
WIRA JAYA ELECTRICAL AND TRADING SDN BHD
MTE ENGINEERING SDN BHD

Kebenaran & Kelulusan

MAIS

MBSA