TERIMA KASIH PTPK✨

TERIMA KASIH PTPK✨

TERIMA KASIH PTPK✨

TERIMA KASIH PTPK

𝐒𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢-𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐮𝐜𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡 kami ucapkan kepada pihak 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐝𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 (𝐏𝐓𝐏𝐊) atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan dalam membantu Sekolah Rendah Ibn Khaldun (SRIK) menyelesaikan komitmen bayaran kepada pembekal meja dan kerusi.

Hasil bantuan ini, sebanyak 𝟏𝟔𝟎 𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐣𝐚 dan 𝟏𝟔𝟎 𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 telah dapat disempurnakan penyediaannya, sekali gus memberi manfaat secara langsung kepada 𝟏𝟔𝟎 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif.

Sesungguhnya, bantuan dan keprihatinan ini amat bermakna buat pihak sekolah dan menjadi asbab kepada kelangsungan usaha kami dalam memastikan kebajikan serta keselesaan para pelajar sentiasa terpelihara. Semoga segala kebaikan pihak PTPK dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan.

 

Share:

Leave Your Comment