GTmax Menyantuni Komuniti

GTmax Menyantuni Komuniti

GTmax Menyantuni Komuniti

GTmax Menyantuni Komuniti: Lawatan CSR ke Kompleks Sekolah Ibn Khaldun

Pada 24 Oktober 2025 (Jumaat), pihak GTmax telah mengadakan lawatan ke bangunan baharu Kompleks Pembangunan Sekolah Ibn Khaldun sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka.
 
Lawatan ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan erat antara sektor korporat dan institusi pendidikan, di samping memberi sokongan moral serta sumbangan ke arah pembangunan lestari sekolah dan kebajikan warga pelajar. Sepanjang lawatan, pasukan GTmax dibawa meninjau kemudahan baharu, berinteraksi bersama pihak pengurusan sekolah, serta berkongsi pandangan mengenai usaha memperkasa pendidikan generasi muda.
 
Pihak Sekolah Ibn Khaldun merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada GTmax atas kesudian meluangkan masa bersama kami serta komitmen dan keprihatinan yang ditunjukkan terhadap pembangunan pendidikan. Semoga jalinan ini menjadi permulaan kepada kerjasama yang berterusan, demi membentuk generasi berilmu dan berakhlak mulia.
 
Jawatankuasa Pembangunan Sekolah Ibn Khaldun, mengalu-alukan mana-mana pihak swasta untuk melaksanakan CSR bersama pihak sekolah.
 

 

 

Share:

Leave Your Comment