Lawatan Tapak Bersama TNB
Lawatan Tapak Bersama TNB di Kompleks Sekolah Ibn Khaldun.
Pada 15 Oktober 2025 (Rabu), pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengadakan lawatan ke tapak substation di Kompleks Sekolah Ibn Khaldun.
Lawatan ini bertujuan untuk memulakan suatu kerja bagi memulakan Plan Pre-Inspection and Testing (Piat) & Kickoff bagi memastikan semua aspek teknikal dipatuhi.
Pemeriksaan ini merupakan langkah persediaan penting sebelum kerja-kerja menanam wayar utama (Cable HDD) dijalankan tidak lama lagi.
Substation ini akan menjana 11 kilowatt (kv) bagi penggunaan Sekolah Ibn Khaldun dan kawasan-kawasan yang terlibat Jalan Kebun.. Selain itu, akan menstabilkan bekalan-bekalan elektrik bagi seluruh kawasan sekitar termasuk Darul Tahfiz Ummul Qura, Lorong Hi Said dan Surau Ar-Rahman.
Pihak sekolah mengharapkan agar komitmen ini dapat diteruskan secara proaktif bagi memastikan bekalan elektrik dapat dimasukkan dengan segera.
Terima kasih kepada pihak TNB atas kerjasama dan komitmen dalam memastikan segala urusan berjalan lancar demi kelancaran bekalan elektrik yang selamat dan efisien.



